Toyota Alphard and Vellfire Hybrid in Malaysia – 250 PS, Launching Quickly?

Photo of author

By Car Brand Experts

[ad_1]

Toyota Alphard Hybrid dan Vellfire Hybrid ditayang di Malaysia – 250 PS, akan dilancarkan di sini nanti?

Dalam acara Past Zero yang dianjurkan oleh UMW Toyota di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil yang sedang berlangsung, syarikat tersebut turut mempamerkan versi hibrid untuk kembar MPV premium Toyota Alphard dan Vellfire generasi terbaharu yang kini ditawarkan di pasaran Jepun.

Toyota Alphard Hybrid dan Vellfire Hybrid ini dijana oleh sistem hibrid siri-selari Toyota, menggandingkan enjin Dynamic Pressure A25A-FXS 2.5 liter empat-silinder NA berkuasa 190 PS dan tork maksima 236 Nm, bersama motor elektrik 5NM berkuasa 182 PS dan tork maksima 270 Nm.

Secara keseluruhan, sistem ini menghasilkan sejumlah 250 PS, dan kuasa tersebut dialirkan ke roda hadapan menerusi kotak gear CVT elektronik (E-CVT). Juga terdapat pilihan sistem pacuan semua roda E-4 yang menampilkan motor elektrik 4NM berkuasa 54 PS/121 Nm bagi memacu roda belakang, yang bukan sahaja ditawarkan pada pasaran Jepun, malah untuk pelanggan di pasaran Thailand.

Toyota Alphard Hybrid dan Vellfire Hybrid ditayang di Malaysia – 250 PS, akan dilancarkan di sini nanti?

Toyota Alphard dan Vellfire generasi baharu yang diasaskan dari platform TNGA ini sudah pun dilancarkan di Malaysia pada Oktober tahun lalu, di mana UMWT menawarkan dua unit rangkaian kuasa petrol yang berbeza untuk kedua-duanya. Alphard pasaran Malaysia dijana oleh enjin T24A-FTS 2.4 liter empat-silinder turbo berkuasa 278 PS/430 Nm, manakala Vellfire hanya diberikan enjin 2AR-FE 2.5 liter empat-silinder NA berkuasa 182 PS/235 Nm

Buat masa sekarang UMWT masih lagi belum memberikan bayangan sama ada versi hibrid ini akan dilancarkan di Malaysia atau tidak, namun kedua-dua unit MPV yang dipamerkan ini sudahpun dipasang dengan kamera dashcam yang sama seperti Alphard dan Vellfire petrol penuh pasaran tempatan.

UMWT menjual Alphard 2.4L Turbo yang diimport sepenuhnya dari Jepun pada harga RM538,000, manakala Vellfire 2.5L NA yang juga unit CBU pula dijual pada harga RM438,000. Sekiranya versi hybrid ini benar-benar dilancarkan di sini kelak, berapa agaknya harga yang anda rasa sepatutnya bagi varian lebih mesra alam ini?

Acara Past Zero yang berlangsung bermula 20 hingga 28 Februari ini merupakan acara untuk memberikan kefahaman kepada orang ramai tentang strategi pelbagai-cara (multi-pathway technique) syarikat berkenaan yang telah diperkenalkan tahun lalu. Strategi tersebut menekan bahawa matlamat impartial karbon bukan hanya bergantung kepada teknologi EV semata-mata, malah ia turut boleh dicapai dengan menggunakan pelbagai teknologi lain yang lebih praktikal.

GALERI: Toyota Alphard Hybrid 2024

GALERI: Toyota Vellfire Hybrid 2024

Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.



[ad_2]

Leave a Comment

For security, use of Google's reCAPTCHA service is required which is subject to the Google Privacy Policy and Terms of Use.

Pin It on Pinterest

Share This

Share This

Share this post with your friends!